Agen
Erysiphe cichoracearum

Simpton
  1. Tompok-tompok misilium putih dan berdebu kelihatan di bawah permukaan daun.
  2. Lama-kelamaan kulat merebak ke seluruh permukaan daun.
  3. Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut.
  4. Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan kurang berkualiti.

Kaedah Kawalan
  1. Sembur dengan racun kulat.
  2. Amalkan giliran tanaman.
  3. Cabut dan musnahkan pokok yang dijangkiti.

Bahan Aktif (Contoh racun)
  1. Propineb (ANTRACOL 70 WP®, MOMENTO 70 WP®, BM ANTRA®)
  2. Mancozeb (DITHANE GR®, BM MANCOZEB®, D-TANE 80WP®)
  3. Tebuconazole (FOLICUR®, TEBCO®, KENCUR®)