WEB MUDAH ALIH

Tujuan pembangunan web mudah alih ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencapai maklumat dengan lebih mudah, setiap masa dan di mana sahaja.

Aplikasi web mudah alih Diagnosa Penyakit & Serangga Perosak Cili ini boleh dijadikan alat (tools) atau panduan kepada pegawai pengembangan dan petani untuk mengenalpasti penyakit, cara pengawalan dan cara pengurusan tanaman dengan betul. Imej berkualiti simptom penyakit boleh dijadikan alat (tools) untuk mengenalpasti sesuatu jenis penyakit.

Di samping itu, panduan untuk mengatasi dan mengawal sesuatu jenis penyakit dari merebak juga turut dimuatkan, termasuk senarai racun serangga perosak yang biasa digunakan di negara ini.     

Perkhidmatan ini diharap dapat membantu pegawai pengembangan dan petani untuk mencapai maklumat dengan lebih mudah, efisen dan akhirnya dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan import cili dari luar negara.