Amalan Pertanian Baik (GAP)

Pengenalan
Pertanian ialah satu industri yang penting sebagaimana juga industri pembuatan dan perkhidmatan. Terdapat beberapa elemen yang menentukan kejayaan industri pertanian.

Elemen-elemen tersebut adalah :
  1. Meningkatkan produktiviti
  2. Mematuhi undang-undang dan peraturan
  3. Mengutamakan keselamatan
Jika ketiga-tiga proses ini boleh diikuti, kita akan dapat mengeluarkan produk pertanian secara mampan.
 
Produktiviti + Undang-undang + Keselamatan
= Keluaran yang lestari
 
Ke semua elemen ini boleh di peroleh dalam Amalan Pertanian Baik.

Definisi

Amalan Pertanian Baik (AGP) ialah amalan-amalan yang perlu diikuti dalam sistem pengeluaran tanaman, ternakan dan akuakultur yang mampan dengan mengambil kira keselamatan makanan, keselamatan alam sekitar, keselamatan dan kebajikan pekerja berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Taraf Keselamatan, Undang-undang & Peraturan

Taraf keselamatan, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah seperti berikut :

Kesimpulan
Amalan Pertanian Baik (AGP) ialah cara membuat proses yang betul dengan mengikuti taraf keselamatan, undang-undang dan peraturan.

Sebarang pertanyaan :
     Pusat Racun Negara
     Keterangan : 04-6570099
     Kes keracunan : 1-800-88-8099
     Selepas waktu pejabat : 012-4309499